AGENDA

Covid-19: Malaysia Autoshow 2020 ditangguh ke Julai

2 Mac 2020, 9:16 AM
Covid-19: Malaysia Autoshow 2020 ditangguh ke Julai

CYBERJAYA, 2 MAC: Acara automotif tahunan terbesar Malaysia, Malaysia Autoshow 2020, yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 12 April, 2020 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ditangguhkan disebabkan kebimbangan berkaitan wabak Covid-19.

Penganjur acara itu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh baharu bagi acara itu adalah 2 hingga 5 Julai, 2020, di tempat sama.

"Dengan mengambil kira pelbagai faktor, MARii memutuskan untuk menangguhkan acara Malaysia Autoshow 2020, sebagai langkah untuk melindungi peserta, pempamer dan pengunjung berpotensi ke acara itu disebabkan wabak Covid-19 baru-baru ini di peringkat global," katanya.

MARii berkata maklumat terkini mengenai Malaysia Autoshow 2020 boleh didapati di laman webnya www.marii.my atau platform media sosial @MARiiMalaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.