AGENDA

Covid-19: Korban meningkat 2,746 di China

27 Feb 2020, 4:11 AM
Covid-19: Korban meningkat 2,746 di China

BEIJING, 27 FEB: Jumlah korban akibat Covid-19 di China meningkat kepada 2,746 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Khamis.

Menurut suruhanjaya itu dalam tempoh 24 jam lalu 29 orang meninggal dunia manakala 433 kes baharu dikesan, menjadikan jumlah kes disahkan melonjak kepada 78,497, lapor agensi berita Anadolu.

Sekitar 71,572 orang masih dirawat manakala jumlah yang dibenar keluar hospital seramai 32,495.

Di luar tanah besar China, terdapat 91 kes didaftarkan di Hong Kong dan 10 di Macau.

Covid-19, telah merebak ke lebih 25 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.