AGENDA

Sultan Selangor puas hati komitmen Kerajaan Negeri

25 Feb 2020, 10:22 AM
Sultan Selangor puas hati komitmen Kerajaan Negeri
Sultan Selangor puas hati komitmen Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 25 FEB: Duli Yang Maha Mulia  Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan komitmen Kerajaan Selangor untuk meneruskan mandat rakyat negeri ini.

"Baginda turut berkenan supaya pentadbiran Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa," kata kenyataan Pejabat Istana Selangor menerusi Instagramnya, hari ini.

Pagi tadi, baginda menerima menghadap Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari selaku pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor yang mengetuai rombongan bersama Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada pertemuan dengan Sultan Selangor, Amirudin berikrar untuk terus menghormati mandat rakyat bagi melaksanakan agenda bermanfaat kepada negeri dan penduduk.

Izham pula berkata Pakatan Harapan Selangor mempunyai majoriti besar dan stabil untuk kekal sebagai kerajaan bagi meneruskan pentadbiran.

"Kami menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.