AGENDA

Urus harta ikut syariah elak salah faham

25 Feb 2020, 4:55 AM
Urus harta ikut syariah elak salah faham

SHAH ALAM, 25 FEB: Kewujudan perunding pengurusan harta secara syariah penting bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau perbalahan dalam kalangan waris, kata ketua hakim syarie.

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata berbilion ringgit harta pusaka tidak dituntut kerana segelintir umat Islam menganggap ia boleh dibahagi mengikut hukum faraid, lapor Berita Harian.

"Kumpulan masyarakat atau perunding ini boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat," katanya ketika merasmikan Konvensyen ke-19 Wasiyyah Shoppe di Hotel Movenpick Sepang pada 22 Februari lalu.

Beliau berkata segelintir masyarakat beranggapan tidak perlu merancang dan mengurus harta kerana telah ada hukum faraid.

Dr Mohd Na'im berkata pengurusan harta pusaka mengikut syariah adalah lebih teratur dan membolehkannya diselesaikan secara baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.