ad
AGENDA

TM nafi sekat pelayan permainan

18 Feb 2020, 11:23 PM
TM nafi sekat pelayan permainan

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Telekom Malaysia Bhd (TM) menafikan bahawa ia menyekat beberapa pelayan permainan seperti EA, Ubisoft dan Rangkaian Playstation (PSN) seperti didakwa beberapa pengguna Internet Malaysia, terutamanya pemain.

Selepas melakukan siasatan menyeluruh, syarikat itu mendapati bahawa masalah itu bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna Unifi, tetapi juga pemain pada rangkaian lain di Malaysia dan di seluruh dunia, oleh itu kesukaran yang dihadapi tidak berkaitan dengan rangkaian TM.

"Kami ingin menjelaskan bahawa TM tidak menyekat pelayan permainan kerana kami memahami sepenuhnya bahawa dalam gaya hidup digital semasa, permainan video dan e-sukan memainkan peranan penting bagi kebanyakan orang, termasuk kami," kata TM dalam satu kenyataan.

TM akan terus memastikan pengalaman permainan yang terbaik untuk pemain dalam talian dengan kesalinghubungan terluas dan infrastruktur rangkaian disokong pelbagai sambungan rangkai padan langsung, 12 pusat data, 20 kabel dasar laut yang meliputi seluruh dunia, lebih daripada 560,000 kilometer kabel gentian optik di dalam dan luar negara.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.