AGENSI

Portal Penolong Amil Kariah mudahkan agihan zakat

17 Feb 2020, 3:01 AM
Portal Penolong Amil Kariah mudahkan agihan zakat

SHAH ALAM, 17 FEB: Seramai 306 kariah masjid dari sembilan daerah di negeri ini dipilih menggunakan portal Penolong Amil Kariah untuk melancarkan urusan agihan zakat.

Portal dibangunkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi fasa pertama 2020 turut memudahkan proses permohonan pendaftaran asnaf fakir atau miskin.

"Ini termasuk permohonan bantuan zakat yang dibenarkan secara terus dalam talian tanpa hadir ke cawangan LZS.

"Langkah ini secara tidak langsung memudahkan kariah mengenal pasti dan menyemak status asnaf tersebut," kata agensi itu dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.