AGENDA

242 angka kematian paling ramai di Hubei semalam

13 Feb 2020, 2:42 AM
242 angka kematian paling ramai di Hubei semalam

BEIJING, 13 FEB: Angka kematian di wilayah Hubei, China akibat wabak Covid-19 meningkat sebanyak 242 kepada 1,310 pada Rabu lalu, menjadikan ia jumlah kematian tertinggi  pada hari tersebut.

Suruhanjaya kesihatan wilayah itu di laman webnya hari ini berkata sebanyak 14,840 kes baharu dikesan di Hubei, pusat wabak itu tercetus, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 48,206, lapor Reuters.

Suruhanjaya itu berkata pihaknya telah memulakan diagnosis melalui kaedah klinikal baharu bermula Rabu ke atas mangsa disyaki dijangkiti.

Menerusi pemeriksaan baharu itu telah menyumbang kepada kenaikan sepuluh kali ganda kes kerana hari sebelumnya sebanyak 1,638 kes baharu yang disahkan.

Jumlah kematian pada hari Rabu adalah yang terbesar sejak virus berbahaya itu bermula dan menjadikan angka kematian global meningkat kepada 1,363 kesemuanya.

Seramai 5,680 pesakit disenaraikan sebagai telah pulih.

Keputusan Cina menguji kombinasi ubat antiviral yang digunakan untuk mengubati HIV terhadap koronavirus akan berlaku dalam beberapa minggu lagi, tetapi pakar mengatakan vaksinnya masih mengambil masa berbulan-bulan.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan adanya kelembapan yang jelas dalam penyebaran wabak itu harus dilihat dengan berhati-hati.

"Wabak ini boleh pergi ke mana-mana arah," katanya pada taklimat di Geneva.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.