AGENDA

Wabak Covid-19 diramal berakhir April ini

12 Feb 2020, 5:31 AM
Wabak Covid-19 diramal berakhir April ini

GUANGZHOU, 12 FEB: Pemerhatian pasukan perubatan China menjangkakan penularan Covid-19 memuncak bulan ini sebelum berakhir April ini.

Pakar epidemik, Zhong Nashan yakin penularan wabak tersebut sedang menurun susulan pengurangan kes baharu di Guangdong dan Zhejiang, lapor Raauters.

“Kita tidak tahu mengapa virus ini sangat mudah berjangkit, justeru telah menjadi masalah besar kepada kami.

"Namun kerajaan berjaya tangani malah keputusan mengisytiharkan perintah berkurung dan penutupan rangkaian wilayah perlu dipuji," kata Nashan yang berjaya menangani Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

Jelasnya, krisis SARS sukar dikawal berikutan keengganan kerajaan untuk memaparkan maklumat terkini berhubung wabak terbabit.

Bagaimanapun, beliau berkata menerusi kepincangan itu, Beijing kali ini mengamalkan dasar lebih telus dan menjalin kerjasama baik dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali gus mampu menangani penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.