AGENSI

Persedian Red Giants hadapi Liga-M tidak terkesan - Satiananthan

11 Feb 2020, 2:12 AM
Persedian Red Giants hadapi Liga-M tidak terkesan - Satiananthan

SHAH ALAM, 11 FEB: Isu Stadium Shah Alam belum diluluskan Liga Bolasepak Malaysia (MLF) untuk dijadikan venue Liga-M 2020 yang bermula 28 Februari ini tidak mempengaruhi persediaan skuad Red Giants, kata B Satiananthan.

Ketua jurulatih skuad Selangor berkata, sesuatu yang mengecewakan jika stadium tersebut benar-benar tidak dapat digunakan menjelang sepak mula tetapi ia terpulang kepada pihak pengurusan untuk menentukannya.

"Buat masa ini, saya tiada venue lain untuk Selangor beraksi di tempat sendiri, kecuali perlawanan pada waktu petang," katanya yang dilaporkan New Straits Times.

Berikutan isu itu, semalam Kerajaan Negeri memberi jaminan akan melaksanakan kerja membaik pulih bumbung Stadium Shah Alam yang rosak membabitkan kos RM20 juta.

EXCO sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata perkara itu pada peringkat kelulusan dana kerana melibatkan kos tinggi.

“Kita akan selesaikan nanti termasuk bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.