AGENDA

MATTA, kerajaan jalin kerjasama bendung koronavirus

8 Feb 2020, 1:50 PM
MATTA, kerajaan jalin kerjasama bendung koronavirus

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan bagi membendung ancaman jangkitan koronavirus 2019.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden Matta, Datuk Tan Kok Liang berkata persatuan itu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia serta garis panduan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Industri termasuk penerbangan, hotel, kedai makanan dan minuman, taman tema, pengusaha pelancongan serta pemandu pelancong telah meningkatkan tahap kebersihan selain mengambil langkah melindungi kesejahteraan pelancong.”

“MATTA yakin dengan usaha kerajaan Malaysia dan langkah yang diambil dalam menangani krisis ini serta mengulangi negara ini selamat untuk pelancong,” katanya.

Beliau berkata pemain industri digesa menjalankan perniagaan seperti biasa namun perlu meningkat langkah keselamatan kesihatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.