AGENSI

LZS bantu penghidap strok cari rumah jagaan sesuai

7 Feb 2020, 10:02 AM
LZS bantu penghidap strok cari rumah jagaan sesuai

HULU LANGAT, 7 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berusaha mendapatkan rumah jagaan sesuai untuk seorang pesakit strok yang menghadapi masalah bayaran tertunggak sejak tahun lalu di sebuah pusat perlindungan.

Agensi berkenaan berkata lelaki berusia 50 tahun itu yang kini lumpuh sebelah badan, menjalani hidup sendirian selepas ditinggal keluarga di pusat berkaitan dengan kos sekitar RM150 sehari.

"Beliau tidak lagi diziarahi setelah dihantar ke pusat itu oleh keluarganya.

"Individu terbabit memiliki sebuah kediaman, namun kini diduduki bekas isterinya tanpa sebarang bayaran," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

LZS turut memaklumkan kedua-dua anaknya pula sudah berkeluarga dan mungkin mempunyai kekangan bagi menguruskannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.