AGENDA

Tiga lokasi di Selangor bebas dadah

7 Feb 2020, 9:17 AM
Tiga lokasi di Selangor bebas dadah

SABAK BERNAM, 7 FEB: Tiga sarang dadah di Bangi, Kajang dan Serdang diisytihar bebas daripada kegiatan itu selepas lokasi berkenaan digempur pihak berkuasa, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata ada antara lokasi itu turut menjadi pusat pengedaran dadah hingga menjadi tumpuan pembeli di luar Selangor dipulihkan melalui Op Payung tahun lalu.

Meninjau lokasi di Jalan 1 Bagan, Sungai Besar di sini, beliau berkata kawasan itu akan dipagar dengan dikelolakan Jabatan Perhutanan serta Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengelakkan sarang itu dibuka semula.

"Tiga kawasan antara 16 lokasi yang dikenal pasti berlaku kegiatan dadah.  Kerajaan Negeri akan menggerakkan semua agensi berkaitan bagi membersihkan lokasi panas yang sebenarnya sudah lama dalam pemerhatian," katanya

Amirudin berkata Majlis Tindakan Pembanterasan Dadah peringkat daerah terdiri pelbagai agensi termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan, polis, Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa tempatan memantau lokasi panas penagihan dadah.

"Isu dadah ini membelenggu pelbagai pihak dan usaha membanteras bukan boleh dilakukan sekelip mata," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.