AGENSI

Orang ramai diseru wakafkan buku kepada Mais

7 Feb 2020, 4:05 AM
Orang ramai diseru wakafkan buku kepada Mais

SHAH ALAM, 7 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menggalakkan orang ramai mewakafkan buku bagi manfaat ilmu di negeri itu selain menjadikannya sebagai amal jariah, kata setiausahanya.

Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata buku-buku yang mahu diwakafkan kepada Perpustakaan Wakaf Mais perlu dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di Wisma Mais, No. 2-1-04, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3.

"Perpustakaan Wakaf Mais kemudian akan mengagihkan buku-buku terbabit kepada sekolah, hospital kerajaan, rumah anak yatim dan Perpustakaan Awam Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak Kempen Wakaf Buku Mais dilancarkan April 2013, agensi itu telah menerima lebih 12,000 buku wakaf termasuk buku kajian ilmiah pelajar pengajian awam.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi pegawai di Pusat Pengetahuan Mais di talian 03-5510 8631 atau melayari laman sesawang http://libmais.gov.my atau www.perpustakaanwakaf.blogspot.com

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.