AGENDA

Diskaun 50 peratus premium parit masjid, sekolah dan universiti

6 Feb 2020, 8:45 AM
Diskaun 50 peratus premium parit masjid, sekolah dan universiti

SHAH ALAM, 6 FEB: Masjid, sekolah dan universiti yang dibina menggunakan dana kerajaan atau sumbangan orang ramai akan menikmati diskaun 50 peratus premium caruman parit, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kadar semasa premium caruman parit adalah RM10,000 bagi setiap 0.4 hektar, justeru pemberian diskaun akan meringkan beban kewangan semua institusi terbabit.

"Perkara ini berkuat kuasa 1 Januari 2020 setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

"Selangor beriltizam untuk terus mencari penyelesaian berinovasi bagi menjayakan program merancakkan ekonomi dalam mencapai kemakmuram bersama," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.