ad
SELANGOR

Sathia setia tunggu Rufino pulih

3 Feb 2020, 3:20 AM
Sathia setia tunggu Rufino pulih

SHAH ALAM, 3 FEB: Selangor tetap berharap pemain importnya, Rufino Segovia kembali pulih daripada kecederaan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini selepas proses pemulihannya menunjukkan perkembangan positif.

Jurulatihnya, B Sathianathan berkata proses pemulihan pemain Sepanyol masih dipantau rapi dan sudah mula menjalani latihan secara individu walaupun belum beraksi termasuk dalam perlawanan persahabatan, lapor Berita Harian.

"Secara individu dia nampak tiada masalah cuma dia belum berlatih sepenuhnya bersama skuad dan belum diuji apabila berdepan lawan.

"Kalau Februari atau Mac dia main satu perlawanan pun saya sudah puas hati. Tapi apa yang saya risau jika kecederaannya berulang," kata Sathianathan.

Penjaring terbanyak Liga Super 2018 pernah berehat panjang akibat kecederaan musim lalu dan nasib sama terus menimpanya musim ini.

Sathianathan turut mengakui belum ada perancangan mahu mengekalkan atau menukar Rufino dengan pemain import lain namun akan meneliti perkembangannya menerusi perlawanan persahabatan yang akan diadakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.