ad
AGENDA

Red Giants harus baiki kelemahan sebelum liga bersambung

6 Ogos 2020, 7:33 AM
Red Giants harus baiki kelemahan sebelum liga bersambung

SHAH ALAM, 6 OGOS: B Sathianathan berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika menewaskan Pulau Pinang 4-1 dalam perlawanan persahabatan di Pusat Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam.

Bagaimanapun beberapa kelemahan perlu diatasi segera menjelang aksi CIMB Liga Super yang akan disambung bermula 26 Ogos ini.

"Saya gembira dengan persembahan pemain yang memberi komitmen tinggi. Walaupun menang 4-1 saya rasa kita boleh perbaiki beberapa perkara selepas ini," kata jurulatih Red Giants ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau mengakui pemain masih sukar mendapatkan rentak sebenar terutama dari segi hantaran dan larian dengan bola apabila beraksi buat pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Red Giants akan beraksi dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang UiTM FC Sabtu ini sebagai persediaan menjelang pertemuan dengan PJ City 27 Ogos hadapan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.