AGENDA

Sarawak sekat kemasukan pelawat dari China

2 Feb 2020, 12:04 AM
Sarawak sekat kemasukan pelawat dari China

KUCHING, 2 FEB: Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari lepas disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan langkah itu tidak termasuk mereka yang mempunyai pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan sosial jangka panjang.

"Tetapi mereka perlu menjalani kuarantin sendiri yang wajib di rumah selama 14 hari," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut jawatankuasa itu, rakyat Sarawak yang pulang dari China dalam tempoh 14 hari lepas juga perlu menjalani kuarantin sendiri yang sama.

"Rakyat China yang sudah berada di Sarawak, dinasihatkan supaya melaporkan kepada konsulat China mengenai tempat tinggal mereka," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu berkata, langkah-langkah  tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri mengurangkan penyebaran koronavirus 2019 di Sarawak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.