AGENDA

Angka korban koronavirus 2019 di China meningkat 259

1 Feb 2020, 5:19 AM
Angka korban koronavirus 2019 di China meningkat 259

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Pihak berkuasa China melaporkan 46 kematian akibat koronavirus 2019 baharu dicatatkan pada Jumaat lalu, menjadikan angka korban meningkat kepada 259 orang.

Kedutaan China di Malaysia menerusi catatan di Facebook hari ini melaporkan, kematian baharu dilaporkan berlaku di Wilayah Hubei dan satu kes di Chongqing.

China juga merekodkan 2,102 kes baharu disahkan termasuk 268 mangsa kritikal. Angka mangsa dijangkiti virus itu meningkat kepada 11,791.

"Sehingga 11 malam, 31 Januari, Suruhanjaya Kesihatan dan Kesihatan menerima 11,791 kes termasuk 1,795 kes dikategori teruk, mati (259) dan dibenar keluar hospital (243)," katanya.

Sementara itu, mengikut Reuters, Wuhan ibu negeri Hubei yang menjadi pusat virus merebak melaporkan sebanyak 576 kes baharu dikesan.

Secara keseluruhan jumlah kematian di Wuhan meningkat kepada 192 orang setakat pagi ini.

Pihak berkuasa Hubei masih mengekalkan perintah berkurung ke atas penduduk wilayah terbabit dengan jalan-jalan ditutup, manakala sistem pengangkutan awam dihentikan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir orang melanggar perintah berkenaan dengan meninggalkan kawasan kediaman masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.