PBT

MBPJ saman 10,745 peniaga pelbagai kesalahan

24 Jan 2020, 12:27 AM
MBPJ saman 10,745 peniaga pelbagai kesalahan

SHAH ALAM, 24 JAN: Sebanyak 10,745 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kepada peniaga sepanjang tahun lalu, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata selain saman notis turut diberi kepada 1,542 peniaga, 3,107 tindakan sitaan dan 68 pendakwaan.

"Justeru, MBPJ menggesa pemilik perniagaan mendapatkan lesen operasi secara sah sebelum memulakan sebarang aktiviti penjualan," katanya pada mesyuarat bulanan MBPJ semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.