PBT

Azlinda Azman dilantik timbalan datuk bandar MBPJ

23 Jan 2020, 8:54 AM
Azlinda Azman dilantik timbalan datuk bandar MBPJ

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan pelantikan Azlinda Azman sebagai Timbalan Datuk Bandar yang baharu berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Datuk Bandarnya berkata pelantikan itu bagi menggantikan Johary Anuar yang kini bertugas sebagai pegawai daerah Petaling.

"Semoga dengan kehadiran beliau akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya," kata Dato’ Mohd Sayuthi Bakar selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MBPJ hari ini.

Azlinda sebelum ini bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor dengan jawatan Timbalan Pengarah (Pengurusan).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.