EXCO

Residensi Jaya: Selangor bantu pembeli dapat ganti rugi

22 Jan 2020, 7:37 AM
Residensi Jaya: Selangor bantu pembeli dapat ganti rugi

SHAH ALAM, 22 JAN: Mahkamah Tinggi melantik pihak ketiga sebagai penerima dan pengurus aset pemaju perumahan terbengkalai di Residensi Jaya, Balakong, kata Haniza Talha.

EXCO perumahan berkata pihak tersebut bertanggungjawab menjual tanah projek dan hasilnya digunakan untuk membayar hutang bank dan ganti rugi pembeli.

"Kerajaan Negeri dan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor sedang berusaha supaya semua pembeli mendapat kembali duit mereka," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Residensi Jaya mempunyai dua blok setinggi 11 tingkat dengan 394 unit apartment dan sembilan unit kedai yang ditawarkan pada harga RM210,000 (jenis C) dan RM250,000 (jenis D).

Pada 25 Oktober tahun lalu, pemaju yang seharusnya bertanggungjawab menyiapkan rumah berkenaan diisytiharkan muflis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.