ad
AGENDA

Penularan influenza di sekolah terkawal

22 Jan 2020, 4:58 AM
Penularan influenza di sekolah terkawal

SHAH ALAM, 22 JAN: Penularan influenza A di sekolah berada dalam keadaan terkawal dengan langkah pencegahan diambil, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini hanya dua sekolah ditutup iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di Perak (mulai 11 hingga 19 Januari) dan Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Tanjung Aru di Sabah (mulai 22 hingga 28 Januari).

"Penutupan kelas pula dilaksanakan di tiga sekolah di Pulau Pinang yang setiap satunya membabitkan tempoh berlainan hasil perbincangan antara pejabat kesihatan dan pihak sekolah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata majoriti laporan jangkitan saluran pernafasan diterima Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) untuk tiga minggu pertama membabitkan institusi pendidikan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.