AGENSI

906 murid di Selangor dapat sarapan percuma

21 Jan 2020, 5:08 AM
906 murid di Selangor dapat sarapan percuma

SHAH ALAM, 21 JAN: Seramai 906 murid daripada enam sekolah di negeri ini menikmati program penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) fasa pertama 2020 bermula semalam, kata pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Azmi Misrun berkata program antara 7 hingga 7.30 pagi menghidangkan 20 menu berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang kanak-kanak.

"Kita ingin memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat, lebih bertenaga semasa sesi pembelajaran serta merangsang proses tumbesaran seimbang," katanya lapor Sinar Harian.

Enam sekolah terlibat ialah:

-Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Batu 20, Kuala Selangor

-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan, Sabak Bernam

-SJKC Tanjung Sepat, Kuala Langat

-SK Bukit Lanjan, Petaling Utama

-SK Tun Abdul Razak, Hulu Selangor

-SK Bandar Rinching, Sepang

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor Mohd Azuan Mohd Nawawi berkata SK Jeram Batu 20 dipilih sebagai perintis berdasarkan kriteria ibu bapa dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.