AGENSI

Selebriti, warga maya puji inisiatif e-Bil Air Selangor

19 Jan 2020, 4:50 AM
Selebriti, warga maya puji inisiatif e-Bil Air Selangor
Selebriti, warga maya puji inisiatif e-Bil Air Selangor

SHAH ALAM, 19 JAN: Inisiatif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melaksanakan aplikasi e-Bil dipuji kerana membantu mengurangkan penggunaan kertas, kata selebriti merangkap duta e-Bil Air Selangor.

Alif Satar berkata beliau yakin inisiatif itu turut membantu orang ramai mendapatkan maklumat lebih pantas menerusi telefon pintar.

"Saya alu-alukan orang ramai memuat turun aplikasi e-Bil Air Selangor dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi aplikasi ini," katanya selepas Pelancaran Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve Piazza, Damansara di sini semalam.

[caption id="attachment_379457" align="alignright" width="500"] Aliff Satar pada Pelancaran Karnival Jom e-Bil Air Selangor di The Curve, Damansara pada 18 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, pengguna Air Selangor, Nuradilah Mansor, 35, berkata aplikasi e-Bil membantu orang ramai menyemak pelbagai aktiviti akaun masing-masing.

"Jadi kita tidak perlu menunggu posmen menghantar bil sebaliknya bayaran terus boleh dibuat menerusi aplikasi tersebut," katanya.

Manakala, Tan Mee Leng, 56, berkata dia akan menguar-uarkan kepada rakan atau jiran untuk berdaftar dengan e-Bil kerana ia sangat mudah.

"Saya dapat tahu berkenaan e-Bil melalui media sosial dan saya bercadang untuk menggalakkan lebih ramai berdaftar dan guna aplikasi ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.