AGENDA

PLUS jangka trafik meningkat pada Tahun Baharu Cina

15 Jan 2020, 3:40 AM
PLUS jangka trafik meningkat pada Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 15 JAN: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada musim Tahun Baharu Cina, kata pengerusinya.

Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata jumlah itu meningkat 18 peratus berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa, lapor Berita Harian.

"Berdasarkan pola dan kajian, kami menjangkakan jumlah kenderaan meningkat kepada tahap tertinggi pada 22, 23, 24, 27, 28 dan 31 Januari serta 1 Februari ini.

"Kami bukan sahaja perlu bersedia, malah menjaga pelanggan dengan baik melalui pelbagai inisiatif untuk melancarkan perjalanan," katanya.

Pada masa sama, katanya 5,000 kakitangan dan rakan strategik agensi penguat kuasa seperti polis, bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan diletakkan di lebuh raya untuk melancarkan perjalanan.

Mohamad Nasir berkata hebahan trafik juga dibuat berterusan melalui pelbagai saluran komunikasi secara maksimum bagi membolehkan pelanggan mengelak kesesakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.