AGENDA

Majlis tilawah Selangor pilih tema erat perpaduan

15 Jan 2020, 1:41 AM
Majlis tilawah Selangor pilih tema erat perpaduan

SHAH ALAM, 15 JAN: Dato' Menteri Besar menyeru penduduk berbilang kaum dan latar belakang di negeri ini mengamalkan sikap saling menghormati, belas ihsan sesama makhluk bagi membentuk perpaduan negara rahmah.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata bagi mencapai perpaduan itu, majlis tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat Selangor tahun ini memilih tema ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’.

"Tema tersebut selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri mahu menyemarakkan semangat toleransi, hormat-menghormati dan saling bekerjasama sesama ummah," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1441/2020M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi.

Beliau berkata, penganjuran majlis itu diyakini dapat membantu meningkatkan kecintaan sesama masyarakat Islam sekali gus memberi peluang kepada mereka mengenali mukjizat al-Quran.

"Ia juga tunjang utama bagi membentuk perpaduan dan menjaga keharmonian ikatan persaudaraan dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

"Besar harapan saya agar majlis yang diadakan ini dapat memberi ruang dan peluang kepada umat Islam untuk sama-sama berfikir dan bermuhasabah dalam mengerat ikatan persaudaraan demi kebaikan umat Islam di negeri yang sangat bertuah ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.