AGENDA

Ponggal ruang fahami budaya berbilang kaum - Azmin

14 Jan 2020, 11:51 PM
Ponggal ruang fahami budaya berbilang kaum - Azmin

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Sambutan perayaan Ponggal memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk memahami dengan lebih dekat keunikan budaya rakan-rakan dan jiran mereka yang menyambut perayaan itu, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sambutan pesta berkenaan menjadi saksi kepada prinsip bahawa kepelbagaian budaya merupakan satu kekuatan dan keunikan bangsa Malaysia.

"HAri ini masyarakat India di Malaysia meraikan Pesta Ponggal empat hari berturut-turut pada bulan Thai mengikut kalendar Tamil.

"Pesta ini adalah sambutan tanda berakhirnya musim menuai. Kerencaman budaya adalah kekuatan kita," katanya dalam kenyataan semalam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.