AGENSI

Fasiliti terbanyak, pangsapuri BSP21 lakar sejarah

14 Jan 2020, 3:36 AM
Fasiliti terbanyak, pangsapuri BSP21 lakar sejarah
Fasiliti terbanyak, pangsapuri BSP21 lakar sejarah

KUALA LANGAT, 14 JAN: Pembangunan BSP21 diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Kediaman Pangsapuri Yang Mempunyai Bilangan Fasiliti Terbanyak’ di Malaysia dengan 103 kemudahan.

Lebih manis, pencapaian bersejarah LBS Bina Group Berhad (LBS) selaku pemaju turut disertai dengan kejayaan projek pembangunan blok terakhir BSP21 yang siap lebih awal.

Pengiktirafan itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong kepada Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San sambil disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di Bandar Saujana Putra hari ini.

[caption id="attachment_378129" align="alignleft" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari menandatangani plak sempena Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records Kediaman Pangsapuri Yang Mempunyai Bilangan Fasiliti Terbanyak 2019 di BSP21, Saujana Putra pada 14 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Lim Hock San berkata pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin untuk kumpulan syarikatnya menyediakan rumah sesuai dengan keperluan dan hasrat komuniti.

“Kami mengambil pendekatan segar dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengeratkan hubungan dan interaksi dalam kalangan komuniti.

“Dalam masa sama, kami cuba meminimumkan keperluan penduduk untuk keluar dari kawasan rumah bagi memenuhi keperluan harian,” katanya.

BSP21 yang diilhamkan dengan ciri-ciri kediaman kesejahteraan hidup dibina di kawasan seluas lapan hektar dengan dilengkapi kemudahan seperti kolam renang sebesar 19 gelanggang badminton dan kelab rekreasi seluas 66,000 kaki persegi yang merentangi empat aras.

Kemudahan lain seperti trek jogging, trek berbasikal sejauh 2.3 kilometer serta ruang hijau seperti ‘Tree House Pavilion’ untuk penduduk dan keluarga bersantai.

Tidak ketinggalan kemudahan ‘Outdoor Silver Station’ bagi mempromosikan aktiviti sihat dalam kalangan warga emas.

Kediaman ini juga dilengkapi sistem keselamatan tiga peringkat iaitu lif dengan pengawasan kamera litar tertutup selain menempatkan butang panik di tempat letak kereta.

Terletak di kawasan seluas 21 hektar di Bandar Saujana Putra, BSP21 dilancarkan pertama kalinya pada Disember 2014 dan pembangunan ini berjaya mencatatkan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.4 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.