AGENSI

LZS prihatin nasib pelakon Puteri Balqis

12 Jan 2020, 12:59 PM
LZS prihatin nasib pelakon Puteri Balqis

SHAH ALAM, 12 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelakon cilik Puteri Balqis Azizi selepas kisahnya dikongsikan di stesen televisyen tempatan.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan keluarga pelakon remaja 13 tahun berkenaan turut layak didaftarkan sebagai asnaf miskin semasa dan menerima bantuan bersesuaian.

“Selain bantuan kewangan bulanan dan tunggakan bil utiliti, bantuan perubatan juga dipertimbangkan bagi meringankan beban keluarga ini.

“Marilah bersama kita doakan semoga adik Puteri Balqis diberi kesembuhan segera dan ibunya tabah dengan dugaan ini,” kata LZS.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu pernah diuji dengan penyakit berkaitan jantung, dua tahun lalu.

Dia kini memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupan seharian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.