AGENSI

Tak mampu bayar sewa, kereta jadi rumah lima beranak

11 Jan 2020, 3:11 AM
Tak mampu bayar sewa, kereta jadi rumah lima beranak

SHAH ALAM, 11 JAN: Gara-gara dihalau dari rumah sewa, sepasang suami isteri dan tiga anak mereka terpaksa menjadikan kereta sebagai `rumah' hampir seminggu.

Kejadian disedari kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Bangunan Sultan Idris Shah yang kemudian membuat laporan kepada Skuad Saidina Umar (SSU) LZS.

LZS dalam kenyataan hari ini berkata, lima beranak itu dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa bulanan.

"Ketua keluarga menghidap beberapa jenis penyakit dan hanya mampu bekerja sambilan sebagai tukang masak," katanya.

Tindakan segera SSU berjaya menempatkan semula lima beranak ini di rumah sewa baharu.

"Keluarga ini akan didaftarkan di bawah asnaf fakir buat sementara waktu, bantuan kewangan bulanan dan bantuan sewa rumah juga akan diuruskan LZS," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.