AGENSI

Budak perempuan dua tahun ditemui seorang diri di Kajang

11 Jan 2020, 1:24 AM
Budak perempuan dua tahun ditemui seorang diri di Kajang

SHAH ALAM, 11 JAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui bersendirian di Jalan Taman Megah 2A, Taman Megah di Kajang dekat sini semalam.

Kanak-kanak memakai baju-T berwarna hitam dengan tulisan “Puma” serta berseluar panjang warna hitam itu ditemui jam 2 petang oleh seorang warga emas berusia 70 tahun.

Semasa ditemui kanak-kanak itu berjalan sambil menangis berhampiran sebuah motosikal.

Sehubungan itu, polis menjejaki ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu, kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Polis Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam kenyataan malam tadi.

"Berdasarkan rupa paras dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat.

Kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan fizikal menyeluruh sebelum diserah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Nurfaezatul Akma Rofiee di talian 017-544 3931.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.