AGENDA

PM pangku sementara jawatan menteri pendidikan

10 Jan 2020, 4:47 AM
PM pangku sementara jawatan menteri pendidikan

SHAH ALAM, 10 JAN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memangku sementara jawatan menteri pendidikan yang dikosongkan Dr Maszlee Malik pada 3 Januari lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dipersetujui jemaah menteri pada 8 Januari lalu.

"Keputusan ini berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 dan Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik," kata kenyataan itu.

Pada 2 Januari lalu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri pendidikan berkuat kuasa 3 Januari dalam sidang media di Putrajaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.