AGENDA

Teater `Semarak PertiwiKu' didik rakyat benci rasuah - SPRM

7 Jan 2020, 2:17 AM
Teater `Semarak PertiwiKu' didik rakyat benci rasuah - SPRM

SHAH ALAM, 7 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mementaskan teater 'Semarak PertiwiKu' di Istana Budaya pada 30 dan 31 Januari ini bagi mendidik rakyat menentang gejala rasuah.

Malaysiakini melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pemilihan teater merupakan pendekatan berbeza yang diambil agensi itu untuk menyampaikan mesej bahawa rasuah membinasakan negara.

"`Semarak PertiwiKu' akan menunjukkan bagaimana ketamakan terhadap rasuah membawa kepada keruntuhan sebuah kerajaan," katanya pada sidang akhbar di Istana Budaya semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani mengalu-alukan usaha kerajaan dan SPRM dalam membanteras gejala rasuah.

Pementasan teater `Semarak PertiwiKu' adalah percuma dengan 2,000 tiket disediakan oleh pihak Istana Budaya bagi dua malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.