AGENDA

Tiga penuntut Malaysia cedera dalam rompakan di Afrika Selatan

4 Jan 2020, 2:37 PM
Tiga penuntut Malaysia cedera dalam rompakan di Afrika Selatan

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Tiga penuntut Malaysia di University of Newcastle cedera dalam insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan pada Jumaat.

Wisma Putra menerusi kenyataan malam ini memaklumkan dalam kejadian itu, seorang mangsa telah ditembak di bahagian kaki manakala dua lagi ditikam.

"Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan sewajarnya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.