AGENSI

Tiada `pemberontakan' ketika operasi larangan merokok

2 Jan 2020, 3:12 PM
Tiada `pemberontakan' ketika operasi larangan merokok

KAJANG, 2 JAN: Tiada `pemberontakan' ditunjukkan orang awam ketika mereka diberi notis kompaun kerana merokok di premis menjual makanan atau minuman semasa pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Kesihatan Selangor.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pelanggan memberi kerjasama dan mereka juga terbuka menerima teguran daripada pengusaha premis atau pihak berkuasa.

“Setakat ini kita tidak menerima laporan orang awam bertindak kasar. (Misalnya) operasi di Kajang hari ini, kebanyakan pelanggan yang menerima notis kompaun memahami kesalahan mereka.

“Cuma ada segelintir pemilik premis atau pekerja di restoran berdepan masalah untuk menegur pelanggan supaya tidak merokok,” katanya selepas mengetuai operasi penguatkuasaan larangan merokok di sini, hari ini.

Katanya, pemahaman dan kesedaran pemilik premis penting bagi memastikan peraturan larangan itu dapat dikuatkuasakan dengan lebih cekap.

“Pengusaha premis adalah ejen kepada perubahan ini dengan memantau perokok dengan memberi nasihat tetapi jika mahu merokok juga mereka perlu berada pada jarak yang dibenarkan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.