AGENDA

SPRM buka bilik gerakan PRK Parlimen Kimanis

2 Jan 2020, 5:45 AM
SPRM buka bilik gerakan PRK Parlimen Kimanis

KOTA KINABALU, 2 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuka bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan rasuah atau salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy berkata, bilik gerakan yang beroperasi 24 jam sepanjang PRK itu bertempat di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Pegawai SPRM juga akan ditempatkan di beberapa lokasi untuk membuat pemantauan sepanjang PRK berkenaan berlangsung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini manakala penamaan calon pada 4 Januari dan pengundian awal 14 Januari.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.