AGENDA

Ahmad Khusairi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM baharu

31 Dis 2019, 5:45 AM
Ahmad Khusairi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM baharu

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM yang baharu, berkuat kuasa pada 24 Disember lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, Ahmad Khusairi menggantikan Datuk Seri Simi Abdul Ghani, 60, yang bersara wajib pada tarikh yang sama.

“Simi telah berkhidmat selama 36 tahun bersama SPRM, yang bermula sebagai pegawai siasatan pada 1983.

“Ahmad Khusairi, 52, yang memulakan kerjaya sebagai pegawai siasatan pada 1992, sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, jawatan lama Ahmad Khusairi akan diisi Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan iaitu Datuk Abd Aziz Aban, 55.

Menurut SPRM, Abd Aziz sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah SPRM Putrajaya, Pengarah SPRM Kelantan dan Pengarah SPRM Pulau Pinang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.