AGENDA

Hanya beberapa kawasan tinggi belum terima air

25 Dis 2019, 2:07 PM
Hanya beberapa kawasan tinggi belum terima air

SHAH ALAM, 25 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan hanya beberapa kawasan tinggi di Bukit Serdang dan Seri Kembangan yang belum menerima bekalan air sehingga pukul 7 malam tadi.

Air Selangor dalam kenyataan malam tadi berkata, berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan pada sistem agihan, pemulihan bekalan air mengikut jumlah akaun berdaftar yang sebelum ini terjejas telah mencapai tahap 99.9 peratus pulih.

Katanya, kesemua tiga wilayah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya telah pulih

100 peratus manakala wilayah Petaling mencapai pemulihan 99.8 peratus.

"Berikutan sebahagian besar kawasan telah menerima bekalan air, kebanyakan pusat

khidmat setempat dan pili-pili awam telah ditutup sejak jam 12 tengah hari hari tadi.

"Manakala jumlah lori tangki di kawasan yang telah pulih juga turut dikurangkan dan bantuan ke

kawasan yang belum pulih masih diteruskan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, pengguna yang masih berhadapan dengan gangguan bekalan air boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793/019-280 0919 untuk bantuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.