AGENSI

LZS lindungi mualaf hidup sebatang kara

25 Dis 2019, 9:38 AM
LZS lindungi mualaf hidup sebatang kara

SHAH ALAM, 25 DIS: Kedaifan seorang wanita mualaf yang hidup sebatang kara selepas kehilangan tempat tinggal mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.

Jurucakap LZS memaklumkan wanita berusia awal 20-an yang sudah setahun memeluk Islam itu diselamatkan Skuad Saidina Umar (SSU) sejurus menerima maklumat daripada kaunter zakat cawangan Taman Keramat, Gombak.

Katanya, wanita yang tidak didedahkan nama itu dipercayai bermalam di bangunan laman Pejabat Islam Daerah Gombak dengan kebenaran sejak dua hari sebelum ditemui.

“Keluarga tidak menerimanya kerana masalah sosial dan dadah. Atas dasar tanggungjawab selepas dia memeluk Islam dan keadaan dia yang datang memohon bantuan, kami sebaik mungkin akan membantunya.

“Wanita ini akan ditempatkan sementara waktu di rumah perlindungan mualaf dan akan dirujuk pada agensi pemulihan selepas ini,” katanya dalam kemas kini status yang dimuat naik di laman Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.