AGENDA

Selesai segera urus niaga pendaftaran nombor khas - JPJ

19 Dis 2019, 4:08 AM
Selesai segera urus niaga pendaftaran nombor khas - JPJ

PUTRAJAYA, 19 DIS: Orang awam dan pihak yang berkenaan diingatkan supaya menyelesaikan segera urus niaga berkaitan pendaftaran nombor khas kenderaan sebelum atau pada 31 Disember ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, selepas tarikh tersebut, tiada sebarang penjualan dan pendaftaran akan dibenarkan.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan daripada sebarang masalah sewaktu proses pendaftaran.

Menurut JPJ, pihak berkenaan telah diberikan tempoh yang mencukupi untuk menjual dan menguruskan nombor pendaftaran khas itu sejak kelulusan diberikan pada 2010.

Sejak 2010, JPJ telah meluluskan nombor pendaftaran khas kepada beberapa persatuan, yayasan, syarikat, badan-badan kebajikan dan agensi kerajaan, antaranya SAS 2-9999, PATRIOT 1-9999, RIMAU 1-9999, NBOS 1-9999 dan NAAM 1- 9999.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.