AGENSI

Beberapa laluan Sungai Buloh, Kajang ditutup sempena Tour De Selangor

19 Dis 2019, 2:43 AM
Beberapa laluan Sungai Buloh, Kajang ditutup sempena Tour De Selangor

SHAH ALAM, 19 DIS: Beberapa laluan Sungai Buloh dan Kajang ditutup hari ini berikutan perlumbaan basikal Tour De Selangor peringkat ke-2 yang akan bermula.

Majlis Sukan Selangor (MSN) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua laluan sejauh 159.4 kilometer itu ditutup tiga jam mulai jam 2 petang ini.

Katanya, penutupan jalan dilakukan mengikut zon yang dilalui Tour De Selangor iaitu zon A membabitkan Bukit Tinjau-Jalan Hulu Langat dan Jalan Ampang-Pekan Batu 14-Sungai Tekali-Bukit Hantu-Simpang Batu 14/Sungai Lalang.

Zon B membabitkan Jalan Simpang Batu 14/Sungaj Lalang-Sungai Tekala-Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir- Kampung Sri Tanjung.

"Zon C pula membabitkan persimpangan lampu isyarat Masjid Semenyih-Jalan Kuala Lumpur/Seremban (Jalan Semenyih)-lampu isyarat Petaling Jaya- lampu isyarat Sunway-lampu isyarat Bandar Teknologi-lampu isyarat Villa Raya-lampu isyarat Asa Jaya-lampu isyarat Taman Restu-lampu isyarat Bukit Mewah-lampu isyarat Sungai Jelok sehingga lampu isyarat Kolam Air," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, jalan-jalan dalam zon D yang terlibat ialah persimpangan lampu isyarat Kolam Air- lampu isyarat Jalan Bukit sebelum sampai kepada penamat di hadapan restoran Domino Pizza di pekan Kajang.

Katanya, orang ramai diminta mematuhi arahan daripada pegawai kawalan lalu lintas yang mengawal keempat-empat zon berkenaan.

Segala kemusykilan orang ramai boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kajang di talian 03-8911 4242.

Tour De Selangor anjuran MSN turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.