AGENDA

Kecam gengsterisme, kritik pembahas kongres

8 Dis 2019, 3:53 PM
Kecam gengsterisme, kritik pembahas kongres
Kecam gengsterisme, kritik pembahas kongres

KUALA LUMPUR, 8 DIS:  Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN,  Amirudin Shari mengecam sekeras-kerasnya elemen gengsterisme terutama dalam parti KEADILAN.

Katanya, KEADILAN tidak pernah melahirkan gengster sebaliknya parti itu melahirkan pejuang yang tabah.

"Tidak suka orang itu kita kata gengster, walhal KEADILAN tidak pernah lahirkan gengster. KEADILAN melahirkan pemimpin yang menjaga rakyat, menyokong rakyat.

"Wawasan Kemakmuran Bersama inilah menjadi bukti kita mahu jaga parti KEADILAN.

"Mungkin suasana berbeza tetapi prinsip dan kaedah adalah untuk memastikan KEADILAN terus ditegakkan, kebajikan rakyat terbela," kata Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor.

[caption id="attachment_370644" align="alignleft" width="500"] Perwakilan dan pemerhati KEADILAN yang hadir pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian selepas berucap pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Renaissance, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, tiga Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin; Ali Biju dan Tian Chua; Ketua Wanita, Haniza Mohamed Talha serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, R Sivarasa

Amirudin berkata, ketika pertemuan pada Kongres Nasional KEADILAN juga sewajarnya semua pihak memberi fokus kepada perkara yang berkaitan dengan dasar parti.

"Ketika kongres sepatutnya kita membincangkan kepada punca bukan fokus siapa khianat siapa, mahu rampas kuasa, sebaliknya kita fokus kepada apa yang berlaku.

"Malah, rakyat memberi peluang kepada kita untuk melaksanakan tugas dan bukan memberi masa untuk kita menjatuhkan satu sama lain.

"Saya masuk KEADILAN bukan sebab saya setia kepada Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya setia dengan semua pihak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.