AGENDA

Semua parti dalam PAKATAN junjung prinsip muafakat

8 Dis 2019, 8:46 AM
Semua parti dalam PAKATAN junjung prinsip muafakat

IPOH, 8 DIS: DAP bukan parti terkuat dalam Pakatan Harapan (PAKATAN) tetapi sebaliknya semua parti di dalam pakatan itu berpegang teguh pada prinsip muafakat.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, dakwaan pihak pembangkang bahawa DAP merupakan parti paling kuat di dalam PH adalah fitnah berniat jahat.

"Kami mengamalkan sikap hormat menghormati, sayang menyayangi dan berpegang teguh kepada muafakat termasuk dalam membuat sebarang keputusan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Krismas anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negeri Perak (PCCCI), di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, selain menjunjung muafakat, parti di dalam PAKATAN termasuk Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan KEADILAN turut mendukung agenda reformasi sebagai prinsip utama.

Katanya, semua keputusan dibuat secara muafakat berdasarkan kepercayaan kepada tanggungjawab bersama, dan kepimpinan bersama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.