AGENDA

Banjir di Kelantan bertambah pulih, mangsa susut kepada 825

8 Dis 2019, 1:17 AM
Banjir di Kelantan bertambah pulih, mangsa susut kepada 825

KOTA BHARU, 8 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 825 orang daripada 304 keluarga setakat pukul lapan pagi ini berbanding 1,459 (536 keluarga), malam tadi.

Berdasarkan Aplikasi Info Bencana JKM, dua jajahan masih terkesan banjir dengan mangsa seramai 168 (85 keluarga) di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pasir Mas sementara di Tumpat masih terdapat 657 mangsa (219 keluarga) berada di enam PPS.

Sementara itu, publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan hanya paras Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada amaran iaitu 8.12 meter (amaran 8 meter) manakala semua sungai lain telah kembali ke paras normal.

Cuaca pagi ini mendung dan tiada jalan yang ditutup untuk semua kenderaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.