AGENDA

Anwar gesa polis siasat pergaduhan luar kongres

6 Dis 2019, 7:50 AM
Anwar gesa polis siasat pergaduhan luar kongres

SHAH ALAM, 6 DIS: Polis digesa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap indisen pergaduhan yang berlaku di luar Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019, di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlakuan terbabit tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.

"Saya telah menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku di Kongres AMK.

"Justeru saya telah meminta Lembaga Disiplin parti untuk mengambil

tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan.

Gesaan itu dibuat ekoran insiden berkaitan yang berlaku di luar dewan Kongres AMK sekitar tengah hari tadi.

Insiden dipercayai bermula apabila sekumpulan perwakilan AMK tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan masuk ke dewan walaupun mendakwa mempunyai pas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.