AGENDA

Polis semak isu perhimpunan bekas ahli PKM

2 Dis 2019, 11:42 PM
Polis semak isu perhimpunan bekas ahli PKM

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Polis sedang membuat semakan terhadap beberapa individu termasuk penganjur program berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung perhimpunan tersebut.

"Tiada sebarang laporan polis diterima setakat ini. Bagaimanapun kita akan membuat semakan terhadap individu yang terlibat termasuk penganjur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli PKM itu.

Beliau berkata perkara dikhuatiri mengancam keamanan negara tidak boleh dibiarkan berlaku.

Menurut laporan media, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dipercayai melibatkan bekas ahli PKM, antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.