AGENDA

PSM tuntut ganti rugi RM11,000 daripada FAM

25 Nov 2019, 1:18 PM
PSM tuntut ganti rugi RM11,000 daripada FAM

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengemukakan tuntutan bayaran ganti rugi kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kerosakan kerusi akibat tindakan penyokong Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 19 November lalu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada FAM selaku penganjur perlawanan yang membuat tempahan mengikut syarat yang terkandung dalam terma perjanjian sewaan venue.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud, dalam kenyataan media hari ini berkata, hasil pemeriksaan yang dibuat selepas perlawanan, didapati sejumlah 44 unit kerusi stadium berkenaan dirosakkan oleh penyokong Indonesia yang mengakibat kerugian sejumlah RM11,000.

Lebih 75,000 penonton membanjiri stadium tersebut yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.