AGENSI

Cabaran sebenar graduan selepas tamat pengajian

16 Nov 2019, 9:56 AM
Cabaran sebenar graduan selepas tamat pengajian

GOMBAK, 16 NOV: Persaingan dalam pasaran pekerjaan semakin sengit apabila Selangor sendiri pada setiap tahun melahirkan kira-kira 40,000 graduan menerusi 150 institusi pengajian tinggi di negeri termaju ini.

Justeru, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, lepasan pusat pengajian tinggi perlu menyiapkan diri masing-masing untuk berhadapan dengan cabaran sebenar selepas menamatkan pengajian mereka.

"Hanya mereka yang istimewa dapat kelebihan ini. Mereka yang istimewa adalah mereka yang cepat dapat adaptasi dan memahami dunia sebenar.

"Kita bukan perlukan robot tetapi manusia yang mempunyai multi dimensi, memahami persekitaran dan mampu mengupayakan diri dan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Negeri Selangor 2019 di Padang Awam Wira Damai, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, keupayaan menghadapi cabaran dunia sebenar tidak dapat ditimba di dewan kuliah atau perpustakaan di kampus.

Sebaliknya, kata Amirudin, pengetahuan dan pengalaman terbabit hanya mampu ditimba melalui pergaulan dan memahami isu-isu yang dihadapi masyarakat luar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.