AGENDA

Hebahan bergerak seru penduduk keluar mengundi

14 Nov 2019, 8:31 AM
Hebahan bergerak seru penduduk keluar mengundi

PONTIAN, 14 NOV: Jabatan Penerangan Negeri Johor telah menyediakan lapan unit hebahan bergerak untuk memaklumkan kepada masyarakat umum supaya keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu ini.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohammed Iqbal Ibrahim berkata, unit hebahan itu akan menjalankan tugasan membuat hebahan keluar mengundi selama tiga hari bermula semalam sehingga esok di seluruh kawasan lokaliti di Parlimen Tanjung Piai.

“Unit hebahan ini juga akan digerakkan ke lokaliti yang jumlah keluar mengundinya adalah rendah pada hari mengundi iaitu pada 16 November ini (Sabtu) setelah mendapat maklum balas daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menggalakkan lebih ramai keluar mengundi,” kata beliau, di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui hebahan itu, diharapkan lebih ramai pengundi akan keluar menjalankan tanggungjawab mereka.

“Undi anda penentu masa depan negara,” kata beliau.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.