AGENDA

Bank Makanan Malaysia manfaat lebih 4,000 isi rumah

9 Nov 2019, 8:31 AM
Bank Makanan Malaysia manfaat lebih 4,000 isi rumah

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Sebanyak 418,000 isi rumah di seluruh negara daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) menerima manfaat menerusi Program Bank Makanan Malaysia sehingga bulan lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz berkata daripada jumlah itu, 6,470 adalah pelajar universiti melalui program Food Bank Siswa.

"Kita sedang berusaha mendapatkan lebih banyak penyumbang bagi memastikan bekalan makanan diterima sentiasa ada dan konsisten serta berkualiti, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Food Bank anjuran syarikat jualan terus, Destina1 International, di sini hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga, sebanyak 1,893 tan metrik makanan berjaya diselamatkan daripada pembaziran.

Program Food Bank Malaysia dilancarkan secara rasmi pada 22 Disember tahun lalu bertujuan menyalurkan makanan kepada golongan memerlukan, menangani kos sara hidup serta mengelak pembaziran makanan.

Program tersebut diterajui KPDNHEP dan mendapat kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Mutiara Food Bank, Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.